Thursday, July 12, 2018

assalamualaikum anak2..

raya..

raya aidilfitri tahun ni kita mula beraya di labuan, sebab kita dapat balik ke KL lambat sikit, selepas seminggu. Masa pagi raya tu kelam kabut sikit sebab mommy ajak kawan2 datang beraya pagi tu so dari malam sebelum tu lagi sibuk prepare food dan pagi raya tu pergi masjid pun dah lewat. Tak sempat bertakbir, sampai2 masjid dah start solat.

Raya pertama kita theme kuning. Selepas solat raya kita pergi shooting gambar dekat area tanjung aru tepi laut.

Raya kedua pula kita tukar theme, kali ni colour biru pulak. Dan pada raya ke dua kita pergi shooting gambar di botanical garden...

kita start balik kampung selepas seminggu beraya dilabuan. Cuti kali ni memang panjang sikit, almost 2 weeks. masa mula2 sampai KL kita pergi 1 day stay di bukit tinggi dengan tokwan n  tokma n your uncle and aunties. TIdur di colmar tropicale 1 malam. apartment tu ada 4 bilik... bukit tinggi tak la sejuk sangat tapi boleh la sekadar nak feeling2 oversea haha.

few days after that kita pergi taiping dengan atuk yuha and atuk jalal naik train. actually atuk yuha yang nak sangat cuba naik keretapi ETS ni.

Perjalanan dari KL sentral ke Taiping ambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Kita bertolak 7 pagi dan sampai sana lebih kurang 10.30. Kita sewa kereta produa alza. sampai2 tu sebelum check in kita pergi makan mee udang di kuala sepetang. selepas dah check in petang tu kita pergi makan cendol bismillah dan kue teow dolly. Sempat juga petang tu jalan2 lake garden dia.. kita naik beca.. papa yang kayuh hahaha... malam tu kita masuk taiping night safari. binatang dia banyak tapi servis tak berapa best..

esoknya breakfast kita makan nasik lemak n roti bakar arang.. selepas tu kita jalan2 area hotel.. sgt cantik sebab mcm dalam dusun and ada sungai dan banyak kolam ikan. tengahri tu selepas checkout plan nya nak naik bukit larut, tp sebab hujan tak henti jadi truck tanak naik.. so kita pergi jalan2 spritzer eco park. disana kita main mini golf.. masa lunch kit amakan di cashiers market.. ada macam2 stall... sedap n murah...

petang tu kita balik KL naik train juga..

time lain semasa cuti.. kita banyak spend time dirumah.. kalau keluar pun kita pergi mall IOI jalan2. papa pun ada attend kursus xray satu hari masa cuti tu.

seingat papa masa cuti kali ni yusuf byk kali merengek.. sampai atuk2 pun risau tengok yusuf, suruh pegi darul syifa utk berubat.  huhuhu....

Friday, June 08, 2018

Ramadhan 2018

Assalamualaikum anak-anakku...

Kita sekarang di bulan ramadhan, dan hari ini dah termasuk dalam 10 malam terakhir ramadhan.

Alhamdulillah setakat ini semuanya lancar dan baik-baik saja. semua orang di rumah sihat sejahtera.

Ada hari yang papa tak kerja pagi, papa akan prepare makanan untuk berbuka. Dah macam-macam papa masak, antaranya nasi tomato, ikan pari asam pedas dan lauk-lauk biasa yang korang makan la macam kari ayam, kurma ayam ahahha. Biasanya papa akan masak lebih so that makanan extra tu papa n mommy boleh makan time sahur.

Hari tu kita balik KL for 1 week. Plan asal nak balik weekend je sebab papa ada course kena attend. Tapi disebabkan minggu selepas course papa tu ada 3 hari public holiday - Wesak dan Kaamatan, so kita sambung cuti sampai khamis.

We had a great time di KL. Pergi bazaar ramadhan yang dah lama tak pergi. Bazaar di Putrajya memang best, makanan semua nampak unik dan sedap-sedap. Tapi kebanyakan masa berbuka kita berbuka dirumah je, rumah atuk dan rumah tokwan. Ada satu hari last sebelum balik Labuan, kita berbuka di Sunway putra hotel. Papa dapat 2 voucher buffet, hotel yang bagi time papa course tu. 1 voucher worth 128 ringgit huhuu. Makanan biasala memang macam-macam. Tapi berapa banyakla boleh makan kan. Perut dah makin kecik hehe. Thats why papa tak berapa suke sangat buffet, sebab harga memang mahal dan lepas tu bukan boleh makan macam setimpal harga pun.

Time di KL juga kita pergi byk masjid untuk tarawih. Di PJ kita pergi masjid bulat dan masjid jalan templer. Yang menariknya, kedua-dua masjid ni ada sediakan tempat jagaan budak2. Ini memang bagus, yang mana bila orang2 dewasa tengah solat, yang budak2 boleh beraktiviti yang berfaedah. Fatma n Yusuf suka sangat2 pergi masjid yang ada kelas ni. Lily pun diorang boleh tolong jagakan.

So sekarang, tinggal 7 hari je lagi. Selepas tu raya. Raya tahun ni lain sikit sebab akan beraya di Labuan for 1 week lepas tu baru balik kampung. Kita lambat balik sebab mommy tak dapat cuti awal-awal tu. Ok juga sebenarnya, dapat rasakan macamana raya disini tanpa saudara mara dan keluarga haha. Ada few friends papa n mommy pun akan beraya disini so takde la boring sangat nnt. Lagipun kawan2 orang labuan pun ramai, boleh je beraya rumah diorg hahah.

Saturday, May 19, 2018

bulan mei 2018

assalamualaikum anak-anak tersayang...

skarang dah masuk bulan ramadhan.. alhamdulillah sudah hari ke 3

minggu lepas pada 9hb May, ada PRU ke 14. sejarah tercipta
- BN kalah diperingkat parlimen buat pertama kali
- pemerintahan Najib berjaya dijatuhkan
-PH memerintah diketuai oleh tun mahathir
- PAS berjaya kekalkan kelantan dan tawan terengganu


6hb mei haritu papa masuk first road marathon papa - borneo marathon
berjaya habiskan dalam masa 5 jam 2 minit
papa sebenarnya target nak buat bawha 5 jam.. tp takpe laa.. berusaha di lain masa



Monday, March 05, 2018

Assalamualaikum anak-anak semua..

dah sebulan papa tak tulis apa2.. bulan february papa rasa macam lain sikit sibuk dengan itu ini.. sibuk training lari.. sibuk buat assignment... dan yang paling sibuk ialah sibuk menjaga korang ni hahahaha...

weekend lepas kite sambut birthday korang dekat balai bomba.. seronok betul semua yang datang rasa gembira. bomba memang terbaik la servis nya.. ada maskot EDIE, boleh pakai costume bomba utk budak2.. dapat naik firetruck pusing2... main spray2 air.. bukan budak je excited.. mak bapak pun excited..

macam-macam hadiah korang sumea dapat... yusuf dapat toys firetruck, tractor.. pistol.. ahhah semua tu mmg yusuf suku.. baju pun dapat..

Awal bulan aritu papa masuk event duathlon kat labuan ni.. kena lari 4km.. lepas tu cycle 30km.. kemudian last skali lari lagi 4km... seronok sebab ni pengalam baru untuk papa... walaupun papa cuma pakai MTB tapi boleh la bawah pusing sampai 30km.. slow sikit..banding dengan orang.. time cycle memang tak memotong.. asik di potong je.. nnt papa nak pegi roadbike la.. later boleh training utk triathlon pulak hahha

next weekend kita nak ke kota kinabalu.. papa join borneo ultra trail marathon kat kiulu. papa nak lari 50km.. while papa lari, korang akan buat la apa2 aktiviti kat farmstay tu.. katanya ada naik kerbau hahha...

Friday, February 02, 2018

hari wilayah kami

Assalamualaikum anak-anak semua..

Semalam 1hb Febuary ialah public holiday sempena Hari Wilayah. Pagi papa pergi slow run dapat la 10km. Selepas tu papa pergi tolong2 sikit di PASTI Munawarah diorang buat gotong royong.

Red Onion tempat favorite korang makan pizza and pasti ada buat promotion. Selected pasta n pizza 50% off. So papa buat reservation kita pergi lunch sana mana jam 12 tghari.

Nasib baik cepat buat reservation, bila sampai sana memang meja semua dah penuh..

Spageti carbonara for yusuf, margeritha pizza for fatma, papa n mommy makan sizziling seafood pasta n beef pizza.. selepas habis makan kita layan dessert aiskrim pulak share ramai2..

Selepas tu papa pergi potong rambut, korang semua ikut skali masuk dlm kedai. masa tengah potong rambut tu, korang sibuk main rambut atas lantai, lompat2 kat kerusi... macam monkey... sambil dengar lagu tamil bole pulak yusuf joget2 sambil cakap bontot bontot... malu papa.. tengok budak lain duduk senyap2 je...

balik ke rumah, ysuuf tidur kejap.. fatma as usual tak tidur.. main apa2 je la kat playroom tu.. Papa servis MTB papa yang dah laam tak begerak tu... sebab nak pakai buat event ahad ni..

Petang tu mommy habiskan durian buat bubur kacang.. after that kita pergi main kat playground.. korang suke sangat main swing.. yusuf minta papa buat playground kat urmah... papa iye kan jee

sebab siang dah makan beriya-iya, malam kami plan nak makan simple je.. ikan goreng n nasi.. fatma bole makan nasik lemak papa dapat from gotong royong tu..

masa kita nak kluar pegi masjid tetiba jiran panggil.. "doktor cuba tengok ni weweng pucat ka?" papa cepat2 pergi tengok.. weweng mcm separa sedar... tangan sejuk... rasa pulse dia very week... since kat rumah takde apa2 yg boleh di bantu, n tak tau apa citer sebenar, kita terus bawa diorg ke hospital cepat2... on d way to mama weweng cakap weweng cirit birit sejak pagi.. kurang makan n minum n kurang aktif...

sampai hospital mommy tolong bawa kan diorg masuk.. nasib baik ada fadli tengah jaga triage.. dapat la bawak masuk terus..

since masa tu baru je lagi lepas azan insyak, kita terus pergi ke masjid yg paling dekat masa tu. surau kg pantai.. surau uwais al qarni... sampai2 dah rakaat ke dua... selepas solat nampak semua orang berkumpul kat belakang masjid.. rupa2 nya ada makan..

yusuf n fatma mmg suka sgt makan makanan masjid.. cakap jom makan tanak balik dulu.. kita pun duduk la makan..

fatma makan nasik n ayam kari.. papa, mommu n yusuf makanmeehon goreng.. sdap2 la jugak.. ada rasa...

lepas tu kita ke hospital semula.. bg nombor telefon kat si mama weweng kalau ada papa suruh call..

later that night dapat msg katanya semua ok.. tak perlu admit sudah balik ke rumah sendiri..

tu je la jiran kita kena tolong menolong.. mungki nsatu hari nnt kita pulak yang perlukan bantuan orang lain...

sekian...

Wednesday, January 31, 2018

this morning not so smooth

Assalamualaikum anak-anak papa yang nakal..

Semalam yusuf tak demam so time isyak ysuf n fatma ikut pergi masjid. tapi mungkin sebab takde budak lain kat dalam tu, suara korang jugak la yang paling kuat. dah penat papa pesan jgn lari2 sampai depan, jangan ketawa kuat2.. jgn jerit2.. tapi same jugak.. fatma pulak suka menyakat yusuf.. sikit2 dengar yusuf nanges.. lepas tu ketawa2 balik.. pelik betul.. sib baik korang budak2 lagi.. kalau orang tua macam tu confirm bipolar...

lepas tu papa belikan aiskrim sorang satu dekat petronas. beli aiskrim paddlepop rainbow. dalam kereta papa pesan kat korang kalau nak makan aiskrim ni kena habiskan nasik dulu. dan kena makan sayur. mommy masak sayur carrot so korang kena makan carrot 5 ketul kecik. fatma mengada2 tanak 5 tapi nak 3 je.. yusuf agree for 5..

sampai rumah, kita semua makan, tapi as expected fatma merengek2 bila suruh makan carrot.. tapi last2 habis jugak dengan nasik2 semua.. yusuf pun sama... selepas makan nasik baru marak aiskrim..

malam semalam semua masuk bilik awak jugak la before 10 dah light off.. tak baca buku pun sebelum sleeep

Pagi ni papa pergi easy run selepas subuh mcm biasa. balik rumah, prepare breakfast, basuh baju second round. Selepas makan breakfast macam biasa mandi kan fatma... selepas mandi fatma sambung tidur lagi. cakap nak makan honeystart bawak pergi skool

Yusuf pulak dari mommy kejut sampai mandi, pakai baju tak henti2 nanges cakap taknak mandi taknak mandi.. sampai la papa masukkan yusuf dalam kereta baru stop nanges tu pun sebab bagi tengok fon kejap.

Sampai kat sekolah korang, tengok2 bag fatma pulak takde.. tertinggal la tu.. fatma dalam kereta tidur sampai2 baru gelabah nak pakai tudung, cari anak tudung tak jumpe..

haii pening kepala papa layan korang camni hari2...

Tuesday, January 30, 2018

anak sakit..

Assalamualaikum anak-anak papa yang disayangi.. muaaaah!!

Harini yusuf tak berapa sihat. Sebenarnya sejak semalam lagi sebelum pergi school yusuf dah batuk2 sikit dalam kereta. Yusuf ada minta ubat tapi dah dalam kereta mana ada ubat. Balik dari sekolah semalam mommy cakap yusuf dah start deman, mengadu pening kepala. Masa nak pergi masjid utk solat isyak, yusuf taknak ikut mugkin sebab letih sangat. Fatma je ikut papa ke masjid.

Pagi ni yusuf masih demam, cakap taknak pergi school. Tapi masalahnya siapa nak jaga yusuf kalau yusuf tak pegi school. Mommy bertugas di KKIA pagi ni, susah takde tempat nak letak yusuf. Lain la kalau bertugas di KD2 lain. Papa pulak this week memang kerja pagi. Kalau hari ni kerja petang boleh la papa jaga yusuf di rumah.

Ni la salah satu perkara yang papa rasa macam tak best sangat la. Bila anak sakit, papa sendiri tak dapat jaga. Padahal kerja jaga sakit orang.. tapi oran glain.. anak orang lain..

Theres a point papa terfikir macam "why am i doing all this?" whats the point kalau anak sendiri tak terjaga? should i just stop doing all this and look after u guys? hmmm ntah laa..

i wish one day papa tak perlu kerja ikut strict time.. suka ati papa nak kerja ke tanak kerja ke.. nak masuk lambat ker balik awal ker.. tapi tu hanya akan berlaku kalau papa mmg ada constant positif cashflow income. Macamana nak jadi macamtu? skarang ni makan jadi saja... pasif income TH,ASB apa la sangat..

Nway... now im 32 turning to 33 this year. U all baru 6,4 and 2 yrs... by the time papa 40 nanti lagi 7 yrs.. u all dah nak teenage.. fatma gonna be 13, yusuf 11 and lily 9... harap dalam masa beberapa tahun ni, something big, something lifechanging will happen.. so that masa tu nanti ... papa ada banyyyaaaak time utk spend dengan korang =))

Saturday, January 27, 2018

perasaan marah anak

Assalamualaikum anak-anak papa ku sayang...

Semalam papa balik rumah lambat sikit sebab selepas habis klinik, papa ke PASTI3 untuk buat kerja2 sikit. Tengok buku perbelanjaan and tolong diorang buat mural sikit.

Masa papa sampai rumah dlm jam 11 macamtu, fatma yang sambut papa bukak pintu. Yang lain semua dah masuk bilik maybe dah tidur kot. fatma tengah tengok tv, lampu semua masih terbukak, laptop pun terbukak.

Papa switched off semua lampu, fatma off tv and bawa fatma masuk bilik. Selepas papa tukar baju, solat n baring papa tanya fatma, "fatma ada marah2 mommy tak harini, mommy ada marah fatma tak?" fatma jawab takde.. sikit2 je.. kemudian semua tidur..

Pagi ni mommy bagitau papa yang semalam mommy stress dengan fatma sebab fatma jerit2 kat mommy bila mommy suruh fatma kemas barang sepah. Mommy fed up terus biarkan fatma tengok tv, bawa budak2 lain masuk bilik. Sebab tu la korang semua tak ikut papa pegi PASTI yang asalnya plan nak gi sama2.

Recently papa concern tentang fatma punya emotion. Papa nampak fatma macam cepat marah. tak pasti sebab apa, bila ada saja perkara yang tak kenal fatma akan mudah bagi reaksi marah. Papa sebenarnya takut kalau sifat marah tu mungkin sebab kami terlalu banyak 'marah' fatma? Satu lagi papa perasan yang fatma mungkin simpan perasaan, tak luahkan mungkin sebab tak pandai nak luahkan selalu.

Ada satu malam tu, fatma macam penat sangat tapi biasalah walaupun penat fatma masih lagi nak terlompat2 atas katil. Sampaikan pijak2 pillow walaupun dah banyak kali pesan jangan pijak pillow sebab tu tempat letak muka nnt kotor. Kami ada marah fatma mungkin dengan suara yang tinggi dan tegas sikit, kemudian fatma terus menjerit dengan perasaan marah, kemudian menangis.. Papa terus tutup lampu, baring dengan fatma. Papa boleh nampak masa tu muka fatma macam tengah  tahan perasaan. Papa peluk n tanya fatma " fatma rasa marah lagi ke.. cuba fatma cakap kat papa apa fatma rasa sekarang.. jangan simpan2.."

kemudian fatma pun luahkan...

"mommy ni asik nak marahh jerr... nak cubit laaa..."

"fatma nak amik star fatma tadi...." - ni mungkin nak justify kenapa pijak2 piloow tadi

dan yang papa mcm tak sangka sikit...

"kenapa papa haritu asikk marahhh je masa balik labuan..." - fatma tiba2 ungkit kisah lama

papa tanya "balik labuan masa bila papa marah?"

"aritu balik labuan naik ferry... papa maraahh.. marahh.. asik maraahhh jerr" reply fatma...

Teringat balik.. masa tu papa marah sangat sebab kita terlepas ferry balik dari menumbok ke labuan.. sampaikan kita kena bermalam kat menumbok dan esok paginya baru balik ke labuan.. tu pun nasib baik ada tiket...

So yes... fatma papa rasa mmg jenis simpan perasaan. cumanya papa bimbang kalau terlalu lama menyimpan dan tak luahkan, fatma akan jadi orang yang cepat stress, susah nak happy, cepat merajuk dan lain2..

Mungkin salah kami as parents kurang berkomunikasi cara yang sesuai dengan fatma. Papa tengok fatma macam lebih matang daripada usia fatma. So we should deal with u differently...

Papa taknak anak-anak papa rasa rumah tu macam tempat yang tak best utk tinggal bila dah besar nnt. Papa taknak anak-anak papa cari kasih sayang dan perhatian di tempat lain bila korang dah besar nanti...  tu je..

Thursday, January 25, 2018

puyuh dan kurmaakk

Assalamualaikum anak-anak papa yang comel.. muaahh

last night kita makan luar, rasa malas nak masak... ada satu restoran baru kat labuan ni... borneo quill company dekat tapak peladang di bandar.. papa perasan restoran tu mcm baru 2-3 weeks bukak.. sebelum ni tapak tu ada buat byk stall2 jual makanan time malam.. satu masa dulu mmg ramai orang.. tapi maybe makanannye so-so je lama2 orang dha tak datang dah situ..

So malam tadi hujan2, aftr maghrib kita kluar.. sampai tempat tu ada la few tables tengah tunggu makanan.. nampak cosy la color dia.. fixed concrete table base, wooden top.. satu meja 4 orang.. byk barang ikea.. ada play corner utk kiddies tapi tak berisi barang lagi..

while mommy order makanan papa bawa korang kat tempat main tu, then suddenly a guy tiba2 tegur kata 'sorry laaaa toys belum ada lagi kami tengah setup by next week baru barang2 sampai".. hahah rupa-rupanya he actually papa punya regular patient kat klinik dulu cuma dah lama tak jumpa. Dia yang own the restaurant. katanya semua burung puyuh memang dari ladang dia sendiri n sembelih sendiri. dia masih bekerja dengan shell, so siang2 bini jaga kedai, malam dia plak jaga..

wow bestnye tengok orang bukak kedai makan sendiri.. dari dulu papa n mommy berangan nak ada cafe sendiri.. setakat berangan je la.. jadinye belum lagi hahah

So mommy order set nasi with puyuh panggang.. papa order nasi goreng kampung with pyuh goreng.. u all makan meegoreng share semangkuk.. n for lily mommy orderkan fries...

timing makanan sampai tak cepat sangat, tak lambat sangat... boleh la tunggu dengan sabar.. masa kita sampai tu pun 2 meja lagi tu baru nak dapat makanan..

komen pasal makanan? since maybe ni kedai baru i would give 3 star tapi dengan positif thought la.. maybe dorang baru nak mantapkan resepi... maybe tukang masak belum dapat rhythm lagi... dan macam2 lagi.. papa punya nasi goreng the taste mcm kurang spices, kinda dull.. hoping for lebih pedas sebab nasi goreng kampung usually ada pakai cili api tp cilinya maybe tak cukup... puyuh goreng.. digoreng dengan kunyit saja.. rasa ok je tapi kalau guna lebih byk spices.. mcm orang goreng ayam berempah.. tu mungkin lebih menarik.. oh ye selain dari tu dapat telur puyuh sebiji.. cun la tu!

mee goreng pulak.. biasala typical mee goreng kat labuan.. taste not to strong.. tak pedas.. boleh je budak2 makan tapi fatma mengada-ngada tanak makan.. sebab ada sayur ;laaa bawang laa.. macam2.. tp kena paksa makan.. telan la jugak..

yusuf makan meegoreng takde complain.. sambil tu makan fries lily cecah sos.. suka sangat la tu makan cecah sos..

bila nak bayar tetiba rasa mcam tak cukup duit plak.. kira2 ingat balik harga dalam menu tadi n kira duit dalam dompet.. maybe ngam2 je la.. so papa pegi la kaunter nak bayar.. rupanya total cuma rm32+ je.. papa tanya la orang kaunter kenapa harga mcm murah sangat.. rupanya dia kata ada diskaun 20% awal pembukaan kedai hhahaa.. bagus laa.. alhamdulillah semoga murah rezeki tuan kedai..

lepas tu kita pergi DoneMart... asalnya nak beli roti je tapi sebab semua nk turun masuk kedai.. dapat la sorang satu jajan.. mommy n papa makan aiskrim magnum.. yusuf paddlepop rainbow.. fatma choc cadbury... so on d way balik rumah.. semoga orang enjoying dessert masing2 hahhaha sweet tooth!

so hari ni papa tak kerja pagi.. selepas hantar u all semua pergi skolah papa beli chicken kat pasar.. balik rumah papa buat ayam kurma.. ni masakan favorite yusuf tau.. kalau stiap kali papa masak kurma mesti yusuf makan letak banyak2 kuah kat nasi tu..

dan harini dah sampai snake wire untuk bersihkan drainage tersumbat.. sib baik boleh pakai jugak la.. after few attempt dalam clearkan floor drainage bathroom papa.. banyak kluar rambut2.. semua ni mesti rambut mommy hahaha...

ok laa.. till then.. bye


Wednesday, January 24, 2018

Lari lagi..

Assalamualaikum anak-anak papa.. muaah!

Semalam korang semua good good pergi masjid.. tak buat bising sangat, n yusuf pun tak kacau budak lain, so papa bagi la korang makan aiskrim after dinner. A night before that, yusuf ada buat budak kecik nanges kat masjid. kesian budak girl tu dari rakaat ke 2 sampai habis nanges. Bila tanya yusuf buat apa, fatma cakap yusuf tarik tudung n main tolak-tolak. Papa tanya yusuf kenapa main mcm tu dengan budak tu, yusuf cakap sebab budak tu comel sangat hahahaha..

nway, after 2 days rest this morning papa start lari balik. badan dah rasa ok sikit selepas masuk trail haritu. Haritu dekat trail first time dapat sakit pinggang, sampai susah nak bongkok.. nak sujud n rukuk pun kena turun perlahan-lahan. Dekat klinik pun rasa seksa nak bongkok chek pesakit. duduk bangun pun payah. tapi sekarang dah ok sikit la walaupun masih rasa sakit2 pinggang belah kiri. Alhamdulillah lower limb takde apa2 symptoms.. tu yang paling papa risau takut ada nerve problem.

So pagi ni macam biasa siap2 running attire pegi masjid, habis salam terus keluar cabut kupiah cabut kain and hit the road..

pace harini cuba laju sikit.. starting 1st KM dalam 6:40/km.. later maintain pace dalam 6.10/km macam tu...

heart rate start naik above 150/min after km ke 3

overall it was a good run, able to sustain good pace walaupun ada sakit2 pinggang sikit.. sikit je...

total dapat 6km.. dalam 38 minutes ++...

so plan seterusnya... cuba untuk biasakan pace less than 6:30 for longer distance.. weekend ni boleh try 10km above..

1st feb will be public holiday.. hari wilayah..  that date boleh try untuk pergi 25km above..

papa target nak sampai 30km ++ before masuk march... sebab march dah ada event besar.. BUTM 50km

ok lah.. muaah

Tuesday, January 23, 2018

morning routine...

Assalamualaikun anak-anak papa semua.. muah muah

Harini papa bangun pagi tak berapa sedap badan sangat. Sebab last sunday papa masuk trail, lari dalam 17km selepas tu trail pulak licin sebab lepas hujan. Papa jatuh sekarang rasa sakit2 pinggang. Rasa sakit dah kurang tapi masih ada lagi sikit-sikit at certain posture. Plannya pagi tadi nak lari selepas subuh tapi bila bangun badan masih lagi sakit-sakit papa tak jadi la nak lari. Bukan saja tak lari. Subuh pun tak ke masjid.

So selepas solat subuh dengan mommy tadi papa limpang2 aja atas katil. Start jam 6.10am papa prepare breakfast. Harini papa goreng roti canai instant tu tepek dengan telur sebijik. Satu untuk papa, satu untuk mommy, dan satu lagi untuk fatma n yusuf sorang setengah bawak pegi skool.

Sambil-sambil tu papa prepare minum pagi jugak untuk papa n mommy. We all started eating breakfast around 6.25am sampai la dalam 6.45am macam tu.

Then papa mandikan fatma. Fatma as usual selepas mandi akan terus sambung tidur balik. While mommy kemas2 beg u all, papa kemas2 dapur sikit, cuci mana yang patut. Around 7.10am Yusuf dah siap mandi n pakaikan baju by mommy. Yusuf pun sambung tidur balik hari ni. Biasanya yusuf akan breakfast tapi maybe ngantuk sangat.

Selepas tu papa pergi siapkan semua barang-barang korang letak dalam kereta. Bukan beg-beg saja, tapi tudung, kopiah, selipar2 korang pun papa yang kena bawak masuk. Korang semua tidur jer. Selepas tu papa makesure semua sampah dah dibawa keluar.

Today around 7.20 papa bagi lily sy antibiotic yang baru je start semalam. Recently lily ada fever, some URTI symptoms and left ear discharge. This is not the first time. Last skali dulu penah treat lily for otitis jugak. After bagi lily ubat, papa letak lily dalam carseat and lily sambung tidur.

Selepas tu bangunkan Fatma pulak, pakaikan baju, sikai rambut n letak dalam kereta. Selepas tu angkat yusuf pulak yang masih sleepy, letak dalam kereta. Bila dah letak dalam kereta yusuf minta roti pulak. So papa cepat2 sapu roti dengan butter, tabur gula sikit n letak dalam griller..

Jam 7.35am kita start keluar, korang semua masih tidur nyenyak dalam kereta... Yusuf tak makan pun lagi roti yang papa buat tu..

Just before sampai sekolah papa kejutkan fatma, untuk pakai tudung. fatma biasala bile ngantuk2 macamtu mula la merengek sikit, cakap tak suka pergi skool.

Sampai je skool, papa letak barang2 korang kat pintu dulu. kemudian baru angkat satu2. Mula-mula yusuf. Yusuf belum makan lagi roti tapi bila papa ambil plate tu cakap plak nak makan roti, so dah masuk skool pun bawak sekali pinggang tu masuk dalam. Kemudian fatma pulak. fatma nak basuh muka dulu so basuh la muka.

Selepas dah settle dengan korang, papa ke UTC pulak hantar Lily, by the time papa angkat lily dari carseat lily pun bangun tapi ngantuk2 lagi. Bawa naik atas, pass pada penjaga sign attendance n terus gerak ke klinik.

So selepas dah settle semua, sampailah papa di klinik jam 8.05am hahaha tu saja sekian untuk hari ni. =)

Thursday, January 18, 2018

interval run

dear anak-anak, ni papa nak cerita pasal running...

orang yang training untuk marathon memang akan masukkan interval run sebagai a part of the training process.

interval run - lari laju lebih dari biasa dalam tempoh/distance tertentu dan kembali kepada pace biasa dan diulang-ulang sebanyak yang mampu dala satu sesi.

so pagi tadi papa buat interval run. pada mulanya macam malas2 nak run pagi tadi tp bila fikir rugi tak guna masa yang ada jadi papa run. sebanrnye nak masuk trail harini tapi sebab pagi tadi hujan so trail sure lecak banyak jadi tanak la masuk nnt kasut basah hahah alasan sungguh...

sesi interval pagi tadi papa lari selaju yang larat untuk 400 meters, kemudian slow down for 400-500 meters and repeat. dapat la 6 kali, total distance about 7km..

so selepas ni, nak buat longer distance - maybe 600m laju 600m rest. x6 - dpt la total distance dlm 7km.. laju would be pace 5+, rest pace around 6:30

brown rice

siapa makan brown rice?

kami!!

hahah dah sebulan lebih, papa terpaksa masak brown rice yang ada sebab taknak membazir. dulu mommy beli brown rice sebab nak guna utk buat bubur lily tapi sekarang lily dah tak makan bubur so tak guna la brown rice.

masa beli awal2 dulu takde plak nak beli sikit, beli yang 5kg punya sebab tak jumpe yang less dari tu. nak habiskan memang jenuh.

brown rice ni berasnya bersih. bila bubuh dalam periuk, letak air, tak banyak habuk2 keluar macam beras putih biasa. papa perasan yang kutu beras pun tak hidup dalam brown rice ni.

satu problem bila nak masak brown rice ni, kena masak lama, lepastu air pulak kena letak banyak. rumah kita  sekarang ni rice cooker takleh pakai so kena masak nasi atas stove. huhu lama tu nak masak brown rice ni.. dekat 45 minit baru masak.

brown rce ni tak melekit. bila dah masak n sejuk, nasi tu tak melekat, bole dileraikan satu2.

dari segi rasa, memang kurang lemak la.. tawar jer.. tu sebab kalau nak makan brown rice ni kena dengan lauk yang berkuah.. lagi pekat lagi best.. macam kari.. kurma.. gituu..

fatma selalu tanya kenapa asik makan nasik brown fatma tak sukee hahahah kesian fatma

yusuf takde complain sangat.. telan je.. tu pun kena paksa makan.. besuap.. kalau tak memang lambat la nak habis... concentration short span..

lily pun sama gak.. takleh complain sebab tak pandai cakap, agaknye kalau dah pandai cakap mesti jadi mcm fatma jugak haha.. tapi lily pun telan je

brown rice ni sebenarnye dari segi kandungan kalori, mmg lagi tinggi dari nasi putih. tapi sebab apa orang diabetic digalakkan makan brown rice, sebab brown rice ni low GI index. means, brown rice tak menyebabkan blood glucose naik mendadak selepas makan. dia slow2 naik dalam badan. effectnye, rasa lapar tu lambat sikit nak datang.

tapi ntah la.. papa perasan makan brown rice ni, sama je pukul 9 dah rasa mcm nak makan sesuatu. maybe kita makan dinner awal sangat - 6 lebih dah makan..

nway, hari ni bila papa nak masak tadi, tengok2 rupanya brown rice tinggal half cup je. tak cukup la.. so papa pegi la supermarket nak beli beras... beras putih yang biasa kita makan sebelom ni.. beras dragon AA. pusing2 kat kedai tak jumpe pulak yang biasa kita beli 5kg. terpaksa la beli yang 10kg.. rm50 ringgit.. ntah bila nak habis kalau beras 10kg ni.. 10 keturunan kutu beras beranak pinak dalam bekas tu nanti..

so harap anak-anak papa enjoy la makan beras putih balik... kalau korang nakal papa masak brown rice balik hahaha

syukur ok ada makanan..


Tuesday, January 16, 2018

No fish for yusuf

eczema yusuf makin teruk. papa perasan sejak bulan 5 tahun lepas, eczema yusuf sentiasa ada dab makin bertambah. Kalau dulu2, eczema tu setakat kat ankle depan and belakang lutut. tapi selepas tu dah merebak sampai ke peha, bontot, siku, wrist.. sekeliling leher. dulu sekejap2 je.. selepas sapu steroid and aques krim 2-3 terus baik.. tapi kali ni macam sapu hari2 pun sama je. ada la improvement sikit tapi mcm takde beza sangat.

worse part dia sangat gatal, yusuf sentiasa tergaru-garu. bila dah garu habis kulit pecah sampai luka2. dah bagi anti histamin pun macam tak jalan.

rasa macam letih hari2 nak mengadap eczema ni. pagi petang sapu ubat berlapis2.. cream pun dah bermacam2 jenis. kali ni mommy sapu cream non steroid tapi kesian yusuf, bila sapu je cream ni terus menjerit2 sebab pedih eventho dah sapu mosturizer seblum tu..

untung la ko nak.. hari2 orang sapukan cream.. harga bukan murah2.. beryukurlah ko nak.. agaknye orang lain macamana laa..

sekarang ni nak cuba avoid bagi yusuf ikan. haritu perasan selepas bagi yusuf ikan selar goreng tetiba terus eczema tu flare up. dulu penah jugak macam ni, selepas bagi ikan kembung, tapi lepas tu tak bagi dah ikan kembung. bagi makan ikan kerisi nampak macam ok jer. tp skarang ni cuba avoid semua jenis fish dulu.

kesian ysuf tak dapat makan fish.. fish goreng rangup dah la sedap sangat makan panas2..

dilemmanya sekarang.. papa nak masak apa kalau yusuf tak makan fish? setakat lauk ayam.. takkan hari2 makan ayam. boleh jer nak masak fish.. tp jadi tak seronok sebab papa n mommy je makan tapi yusuf kena makan benda lain.. biasanya eggs laa..

ntah la nak.. harap2 satu hari nnt eczema yusuf ni sembuh.. or perhaps maybe kami tak abis berusaha lagi?

kesian ko nak muka dah comel tapi capuk2.. tergaru2 sana sini. tidur pun tergaru2.. dengar bunyik krup krup ko menggaru pun seriau bayangkan kulit tu tanggal sampai luka..




Saturday, January 13, 2018

Dinner before 7...

Salam anak-anak papa..

One thing yang papa suka rutin yang kita buat sekarang kat rumah ialah kita makan dinner awal.. awal biasa nya before 7pm laa.. sebab time tu la papa balik rumah before sambung kerja 7pm.

Bila kita makan awal, perut sebelum tidur pun rasa selesa. selepas makan dah boleh buat benda lain. kemas rumah ke, tengok tv ker.. apa2 laa

cuma satu papa perasan bila makan awal ni, kadang kadang bila dah lepas jam 9 tu perut rasa mcm lapar sikit la.. bukan selalu, kadang-kadang jer.. tu la bila lapar rasa nak makan sesuatu.. biskut, jajan, cokelat hahaha

tp faham2 je laa.. time window less than 1 hour sebab papa kekadang sampai rumah lambat.. jadi mcm kelam kabut sikit la nak dinner time tu.

time tu la korang nak tengok tv laa.. tgk youtube laa.. nak berak.. nak kencing..

sorang terjerit sana.. sorang terjerit sini..

aihh bingit jadinya.. stresss pun ada hahaha

tapi yang penting semua dapat makan..

fatma boleh makan sendiri kadang2 je nak papa suap..

yusuf pulak mula2 makan sendiri.. tp lepas tu terus lari sana sini.. papa pulak yang kena kejap suap sikit2..

kalau sempat.. habis la disuap.. kalau tak.. mommy yang sambung...

biasanya papa akan solat maghrib lepas makan.. kemudian baru ke klinik..

hopefully bila satu hari nnt kita hijrah balik ke semenanjung, boleh cuba la utk makan awal ni... tapi technically speaking agak challenging sebab masa. kalau ada pembantu mungkin lebih mudah.




Thursday, January 11, 2018

what i wish for...

wahai anak-anak papa..

papa kalau boleh nak setiap masa bersama korang semua.. walaupun papa tau sebenarnye memang pening kepala la bila bersama korang semua.. ni baru 3... cant imagine kalau lebih..

papa nak hantar korang pagi2 pergi skool.. ambil korang petang2 balik rumah.. bawak main petang2 kat taman... malam dinner sama2... readbook selalu sama2... main toys sama2 kat rumah...

kalau boleh semua papa nak buat... nak tengok korang membesar depan mata papa.. tak tinggal walau sesaat..

tapi apa papa bole buat.. papa terpaksa kerja... kalau papa tak kerja papa tak tau la macamana nak support keluarga kita.. nak beli barang dapur.. bayar installment rumah.. installment kereta.. bayar yuran korang belajar.. macam2 lagi.. mmg duit papa semua habis utk korang..

lagi pulak papa punya working time table tak menentu.. boleh jadi keja ofis hour.. boleh jadi keja start petang sampai malam.. tp yg banyak nye macamtu la.. malam baru balik..

tp papa syukur la walaupun papa kerja odd hours, papa bole prepare food untuk korang time siang2.. so that atleast bila korang balik petang2.. bole la makan terus, mommy pun tak rushing.. bole jaga lily kecik tu.. papa pun bole makan sama korang petang tu bila papa balik rumah kejap between 6-7pm. tp 6-7pm tu slalu jalan jam jd papa sampai rumah slalu lewat gak..

papa syukur jugak la.. dalam kesibukan papa.. allah bagi peluang jugak pada papa untuk papa tolong mandikan korang pagi2, pakai baju, prepare breakfast.. hantar korang semua pergi skool. mula2 hantar yusuf n fatma ke pasti.. lepastu hantar lily pulak ke taska utc.. ni sebab mommy dah pindah tempat kerja.. no longer working di utc..

papa syukur papa balik rumah jam 9, korang semua dah siap makan.. dah kenyang.. boleh tengok tv or main or readbooks.. atleast papa tak perlu oncall sekarang ni mcm dulu2.. atleast walaupun papa balik lewat tapi papa tetap dapat spend time dengan korang sebelum tidur.. bole main lompat2.. tickle2... baca buku.. n korang pun suka kan bila papa balik papa bawak aiskirm utk korang..

banyak sebenarnya benda yang kita boleh nak complain.. macam-macam.. tapi bila fikir balik, apa la sangat kalau nak bandingkan dengan segala kesenangan dan nikmat yang Allah dah bagi kat papa. Semua yang papa nak papa ada.. ada rumah utk berehat.. ada kereta nak jalan.. ada duit nak beli barang dapur bayar bil sana sini. ada wifey yang papa sayang sangat muah muah... n ada korang anak-anak papa yang sangat la nakal suka gaduh tapi comel papa sayang sangat hahaha..

papa kena lebih banyak bersyukur...

i would say one of the 'perks' duduk kat labuan ni, kita boleh nampak ramai orang sebenarnye yang mungkin lebih susah dari kita, dan apa yang kita nampak tu harus kita reflex pada diri, supaya timbul rasa syukur..

banyak2 kan bersyukur...

Tuesday, January 09, 2018

last weekend papa balik KL sebab nak attend first meeting utk GCFM yang papa enroll. meeting tu buat di hotel grand season for 2 days.. basically lectures kali ni lebih kepada introduction tentang course yang papa join n what to expect for the next 2 years. haha maklong korang pun join sekali. ni semua sebab atuk yuha yang paksa2 kami sambung belajar hahaha. thanks mak sebab sponsor kami berdua hahaha.

so from now untill end of next year, akan ada banyak module with assignments utk papa buat. each year ada 2 semester. each semester pulak ada 3 modules. setiap module ata topic2 nya. setiap module ada 2 assignment and mcq test.  satu module kena complete within 1 and a half month.

sebelum papa bertolak ke kl haritu fatma asik scakap "papa jangan la pergi nnt fatma miss sangat papa tuu.." hahaha terharu papa

masa papa di KL haritu sibuk jugak la.. pagi sebelum pegi lecture lari kat taman jaya 10km dulu. lepas breafast terus pegi hotel grandseason. balik petang masa hari sabtu tu kluar pegi digitalmall, tambah ram utk laptop papa. lepas tu pegi midvally pulak tengok barang2 trail running. papa nak beli trekking pole n hydration vest tp takde yang berkenan la pulak (takde duit seenarnye hahaha)

mlm tu dinner atuk yuha masak nasi arab lauk ayam and kambing sedap sangat. lepas tu papa pergi bangi jumpe tokwan n tokma. ALhamdulillah semua orang sihat. tok mek pun ada kat KL. tokmek tanak jadi orang kelate dah.. nak jadi orang kayelll.. papa bawa balik banyak parcel dari bangi. semua barang2 dangangan mommy. papa cuba cari we all punya goggles tp tak jumpe. balik semula pj dah pukul 11.30 malam.

Sunday pun sama, papa start dengan lari 10km pagi, lepas breakfast papa n maklong pegi kursus. petang balik rumah atuk, minum2 petang makan durian, atuk beli banyak durian dah siap kopek. sedap2.. durian kampug pun sedap sangat. petang tu papa pergi decathlon belikan weall punya googles n dapat la beli barnag2 utk trail running sikit pacam pole, rain coat, blanket.. 400++ jugak la damage..

malam tu atuk yuha masak nasi goreng n beli sate... sedap sangat combination dedua tu. selpas tu sambung makan durian lagi.. satu rumah bau durian..

oh ye papa ada bawak balik ke KL buah tarap 2 biji. korang semua mmg suka sangat buah tarap kan. suprising jugak la. atuk yang nak rasa sebab papa tunjuk gambar korang melahap tarap kat dapur dulu. atuk jalan suka rasa buah tu. maklong pun. tap lelain macam tak suka sangat maybe sebab bau dia yang kuat menusuk hidung..

malam sebelum balik tu papa dah siap pack semua barang.. bajet mmg akan overweight la so dah siap2kan barang yang incase nak kena bawak keluar. atuk yuha bekalkan daging yang dah direbus dengan durian musang king sebekas..

pagi nak bertolak tu atuk2 antar papa ke KL sentral. parcel mommy papa bagi plastik wrap jer kat situ sebab tak jumpe kotak nak masukkan. Nak dijadikan cerita. time beratuk nak check in kat kl sentral pagi tu ramai orang. bile tiba giliran papa kat kaunter jam dah pkul 6.50am which is dah limpas 2 jam before flight time. so dorang tanak accept tuk papa check in situ. so dorang suruh papa cepat2 naik train pegi klia jam 7 utk check in kat airport.. papa pun apa lagi angkut la semua barang bawak naik train. siut jer.. papa dah sampai awal.. tp sebab slow sangat kaunter tu jadi lambat plak..

dalam train rasa nervous je sempat ke tak sempat ni.. worse case would be papa terpaksa tinggal semua barang kat airport n suruh atuk2 ambil bawak balik..

sampai klia dah pukul 7.30am. papa belari2 la sikit.. bila sampai kat tempat beratur kaunter tu ada staf yang tunggu, papa tanya la sempat ke ni sebab flight papa lagi sejam je lagi.. dia pun sruh papa pegi kaunter khas utk orang2 yang lambat.. lega rasanya sebab ada kaunter special tu

dekat kaunter tu, rupanya ada oran yag lagi lewat.. jam dah pkul 7.35 tapi ada org tu nak naik flight jam 7.30.. giler lewat..

bile turn papa, seperti sangkaan mmg luggage overweight so kena kluarkan sikit utk bawah handluggage. sibbaik papa dah ready barang yg nak siap2 dikeluarkan.

bila papa bukak je bag.. semerbak bau durian keluar. bukan sebarangan punya durian.. musang king ok!.. terus orang kaunter tanye.. "encik bawak durian ek??" papa pun mengaku jer laa... "encik durian tak boleh bawak masuk la encik. sebab saya dah terbau ni so encik kene keluarkan laaa.. hand luggage pun takboleh... sebab nya bau dia akan ganggu orang lain so sorry la encik"

papa dalam hati dah rase nak nanges dah.. musang king ni.. mahal ni.. takkan papa nak buang... takkan papa nak bagi je orang kaunter makan hahaha.. tetiba papa terpikir.. tadi papa dah wrap parcel mommy.. why not papa pegi kat tempat wrapper tu.. suruh diorg wrap bekas durian ni bagus2.. lepas tu bawak je dalam hand luggage.

papa pun pegi kat tempat wrapping.. sampai je orang kat situ tu tanya.. " durian ek? jgn risau boleh ni.. nnt kami wrap bagus2.. mmg takkan kluar bau.. rm14 ringgit ok?" aku pun ok kan je.. tanak tanya lebih.. yang penting aku nak mende ni lepas masuk dlm flight n anak bini semua dapat rasa.

diorang pun wrap gune special wrapper.. kaler biru.. berlapis2 aku tengok dia wrap.. kiri kanan atas bawah dia pusing.. sekejap2 dia cium make sure takde bau semerbak tu kluar. sambil dia wrap tu kami sembang la.. papa cakap kat labuan ni takde lagi masuk durian yang best2.. tu yang beria2 nk bawak durian balik labuan. rupanya tukang wrapper tu orang semporna.. dia sembang satu je buah best yang takde kat KL.. that is buah tarap!! hahahaha then lepas tu kami sembang pasal buah tarap 2-3 minit..

selepas dah siap wrap.. papa cuba hidu2 lagi la kot2 ada bocor.. macam ada bau sikit tapi tak kuat sangat.. papa terus dalam beg..

lepas tu satu lagi papa risau bila scan dekat security check nnt harap2 la lepas.. kot2 la kan diorang kenal bentuk durian guna scanner tu lepas tu tak bagi papa bawak masuk..

masa beg papa masuk dalam scanner tu rasa nervous jugak la.. tp alhamdulillah beg papa tu lalu scanner dengan cemerlang.. takde tersekat2.. takde reverse masak keluar masuk hahaha..

sebab masa tu tinggal dalam 30 minits je lagi nak take off papa pun cepat2 pegi kat gate B5.. sambil duduk tunggu dipanggil masuk tu masa sniff sniff jugak la harap takde bau.. orang lain pun takde la buat muka ker..

alhamdulillah selepas tu semuanya lancar...

dalam flight tak ramai orang.. banyak seat kosong.. pelik jugakla sebab masa nak check in online tu nampak mcm penuh sangat takleh pilih seat lain.. papa duk seorang je baris tu...

dalam flight papa mkan nasik lemak panas.. sedap la.. sambil n kuah kari dia..

papa tengok movie where is monday.. cerita pasal kembar 7.. tp mcm ganas sangat so tak tengok lama..

sejam gak papa sleep..

sampai labuan barang semua selamat.. papa beli mcd untuk lunch... amik grab terus balik rumah..

alhamdulillah semua selamat..

baring2 kejap.. mommy pun balik.. lepas tu papa pun pergi work..

jumpe u all masa maghrib.. happy sangat semua papa peluk ciumm hahahahah




Tuesday, January 02, 2018

rutin hari ni berubah. dan tahun ni akan lain dari tahun lepas.

hari ni yusuf masuk sekolah sama dengan fatma di PASTI al ihsan. yusuf nampak tenang on the way ke sekolah. dirumah pun macam sama, selepas  bangun tidur, mommy mandi kan, papa sapukan cream.. mommy pakaikan baju, kemudian breakfast oat sambil tengok TV.

Sebelum masuk kesekolah boleh nampak banyak drama depan pintu. suara budak2 menangis kesian betul. Mungkin sebab tu nampak yusuf macam takut2 nak masuk sekolah. nasib baik ada fatma. fatma pimpin yusuf masuk dalam sekolah, cari tempat duduk n letak bag. 

selepas hantar fatma n yusuf aku hantar lily pulak ke nursery di UTC.

Selalu sebelum ni mommy yang hantar yusuf n lily tapi kali ni semua papa yang hantar. 

sebab starting today mommy tak lagi kerja di UTC. Mommy jaga area lajau. 

for the past 2 years almost everyday papa buat rutin yang sama. 

pagi hantar fatma ke skool. lepas tu beli barang di pasar. balik rumah kemas2 sikit lepas tu masak untuk dinner. dalam jam 12 akan siap nak keluar lunch dengan mommy kat UTC. Selepas lunch masuk kerja. 

So kali ni dah tak lunch dekat UTC. lunch sendiri2 jer...

Thursday, December 21, 2017

percutian yang menggembirakan... sehinggalah...

Weekend lepas kita sekeluarga pergi bercuti di Kundasang. Sebenarnya tujuan asal ke kundasang sebab papa join running event BHMM Mesilou 2017. Tapi sebab dah lama tak pergi kundasang, jadi satu keluarga pergi sekali.

Tiket feri dah ditempah awal. Nasib baik ada timing yang kita nak. Pergi Sabtu pagi 16 Disember, balik isnin malam 18hb. Nice.. alhamdulillah dapat tiket feri time2 cuti sekolah ni biasanya ferry hujung minggu selalu cepat full.

Feri kenderaan dari Labuan ke Menumbok pada 16hb tu jam 6 pagi. Jadi kita keluar rumah jam 4.45 pagi macam tu. Korang anak-anak semua tak mandi pun, terus tukarkan baju, masukkan barang dalam kereta dan gerak. Kita singgah airport dulu beli breakfast kat macdonald dan solat subuh. Sampai terminal feri kita antara yang terawal. Dapat la parking depan-depan. Masa tu fatma dah bangun tidur, tapi yusuf masih tidur. Jadi papa and mommy breakfast dalam kereta saja. Kemudian yusuf bangun dan feri pun mula jalan. Kita seluar naik atas deck.

Masa tu ferry memang penuh dengan penumpang di bahagian deck. So kita semua duduk luar dulu tengok laut dan kapal-kapal. Cuaca pun ok jadi tak panas sangat la. Perjalanan feri dari Labuan ke Menumbok ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai saja di menumbok, macam biasa kita parking sekejap di masjid, pergi toilet lepas tu buckle anak-anak kat kerusi betul2. Lily pun duduk kat seat belakang. Lepas tu terus gerak...

Untuk trip kali ni kita tukar sikit, tak ikut jalan melalui Kota Kinabalu, tapi ikut jalan Keningau - Tambunan - pekan Ranau - Kundasang. Start je jalan dari menumbok anak-anak semua tidur. Relax2 papa drive dari menumbok - beaufort - kimanis. jalan selepas kimanis uuntuk ke keningau memang syok. Naik turun bukit untuk melepasi banjaran crocker. Jalan dia sangat steep time naik dan turun. Tak boleh gerak laju masa naik. tiba di puncak crocker, kita stop kejap untuk ambil gambar dan minum. Yusuf papa suap mee hoon sup. fatma pening-pening so taknak makan. dekat tepi tempat kita makan tu ada banyak kucing2 comel dalam sangkar. KOrang semua main-main dengan kucing tu.

memang syok la kat atas puncak tu. angin tiup sepoi2. suhu memang dingin. permandangan pun memang cantik. dari atas boleh nampak sampai ke laut. Lepas tu kami mulakan perjalanan menurun. Dari puncak sampai ke keningau tak begitu lama. di keningau kita tak berhenti, sekadar lalu saja dan teruskan perjalanan sampai ke tambunan.

jalan dari keningau ke tambunan memang ok sangat. lurus dan takde jalan rosak. sampai di tambunan kita isi minyak dah ke toilet. tambunan ni macam pekan kecil di pedalaman sebelum ke ranau. suhu dingin tak rasa panas.

jalan mula jadi mencabar dari tambunan ke ranau. bengkang bengkok turun naik bukit dan banyak kawasan tanah runtuh yang jalannya rosak. bila lalu jalan ni teringat balik masa jalan pegi tawau ikut keningau - kalabakan tu, sama sangat keadaannya.. tapi permandangan sepanjang jalan memang superb laa. dari jauh dah boleh nampak puncah gunung kinabalu, sepanjang jalan tu banyak crossing river. Dan yang papa rasa cantik ialah ada sawah. Sawah bukit ni cantik sebab dia ada layer.. macam kat tegalalang bali. rugi tak amik gambar sawah. Sepanang perjalanan tu ada satu air terjun mahua namanya. kita tak pergi sebab kena divert jalan 6km pergi balik so taknak buang masa sangat.

sampai ranau dah dalam pukul 2 lebih. mommy lapar sangat masa tu so dia ajak makan kfc papa pun on je.. memang dah makanan feveret. dekat kfc fatma yusuf n mommy makan chicken rice, tapi korang makan tak byk sangat. papa makan chizza.. bole la sedap jugak.. flavour n ingredient dari pizza hut.

lepas tu kita gerak ke sabah tea. dari ranau ke sabah tea tu dalam 15km je. sampai di sabah tea kita ambil gambar sikit, tak makan minum pun di restorant tu sebab dah kenyang. kemudian kita ke fish spa tak jauh dari situ.

fish spa tu unik sebab ikan tu memang berkumpul kat area sungai tu. padahal tak dikepung pun. banyak sangat ikan. fatma takut2 nak celup kaki sebab geli2 bila ikan tu datang dekat gesel2 badan kat kaki kita. sambil2 tu kita bagi ikan makanan dia. kat situ masa dihadkan kepada 15 minit je kot. mungkin sebab ramai pelawat dan area terhad. selepas habis di fish spa papa nak cepat2 gerak terus ke kundasang sebab nak ambil race pack. katanya racepack sampai jam 6 je. masa tu dah pkul 4.30pm.

perjalanan agak slow sebab banyak kereta dan lori, dari fish spa ke ranau dan dari ranau ke kundasang. masa tu agak kalut la sebab cadangnya nak singgah solat di ranau sebelum gerak ke kundasang tapi bila sampai gi masjid ranau tu tengok2 masjid tutup sebab tengah renovate. pusing2 tak jumpa surau so kami gerak terus ke kundasang, tapi berhenti solat tepi jalan.

ni part yang paling stress la sebab jalan sangat jem nak ke pekan   kundasang. jarak tak lah jau hsangat, maybe dalam 15km tapi sangat-sangat slow. papa kalut sikit la takut tak sempat ambil racepack, tapi bila call organiser nasib baik mereka extend sampai jam 7. kalau ikut google map ada je dia suggest ikut route lain tapi papa takut nak pakai sebab dah terkena masa nak pegi ke sabah tea tu. dia bagi jalan grabble yang mustahil kereta biasa ni boleh lepas. so papa ikut main road jugak.

sampai je kundasang tengok tengah ada tamu di pekan maybe sebab tu lah jalan jam sebelum masuk roundabout. dari pekan ke mesilau smoooth jer tapi sebab hari dah gelap, payah la nak cari tempat ambil racepack tu. nasib baik di FB page ada share location jadi kami folllow je google map.

sampai saje kg mesilau tengok masih ada lagi yg sedang ambil racepack masa tu dah pukul 7.10 malam. organiser bilang kena ada di situ sebelum jam 6 esok pagi untuk race. selepastu kita terus gerak ke homestay teratak indah. pada asalnya nak duduk dekat dreamworld di mesilou tapi sebab lambat booking, bilik yang murah dah tak available tinggal yang harga 700 lebih je. (mommy salahkan papa sebab lambat sangat beli tiket feri, mommy nak ada tiket baru booking. tapi patutnya book je la sebab by hook or by krup mmg akan pegi)

homestay teratak indah ni location dia rendah sikit dari mesilau. less than 1km dari pekan kundasang. cumanya disebabkan jalan tu gelap, jadi agak mencabar la nak sampai ke sana. memang follow je google map. jalan mmg turun slop sempit dan grubble. masa gerak tu worried jugak betul ke jalan ni. sebenarnya tuan homestay dah bagi video tunjuk keadaan jalan tapi aku je yg tak tengok.

sampai2 homestay rasa lega la sebab dah boleh relax. masa tu dah jam 8 kot. bilik dia selesa je ada katil queen dan dia bagi satu tilam single. malam tu makan megi je. fatma n yusuf makan left over kfc. korang memang lapar sangat nampak, slelepas makan kfc makan megi pulak. lily semua dia telan hahaha.

so malam tu kita tidur, esoknya papa bangun around 4am utk prepare pergi race. bangun pagi tu mommy prepare kan papa tuna sandwich sedap sangat sebab ada pakai griller yg dibawa dari labuan hahaha. dalam jam 5 lebih selepas subuh papa tumpang kengkawan runner pergi ke starting point.

ok pasal running event tu nnt papa citer kemudian.

so papa habis running around 10.30am, mommy fetched papa dekat2 dengan mesilau jugak selepas u all semua enjoy desa cattle farm. dari situ kita pegi lunch dengan H Benjamin residence. tempat tu mmg situated dekat spot yang best la. dekat dengan golf club dan sangat cantik pemandangan area tu. sejuk gile lagi2 tengah hujan. papa makan mee goreng, mommy makan nasi goreng, and u all anak2 makan nasi n sup ayam (u all punya comfort food)

masa tu mmg papa n mommy berangan sangat2 nak ada tanah kat area tu. boleh buat homestay cantik2. syok nyerrr

selepas tu kite terus gerak ke kinabalu park untuk bermalam di situ. sebab mommy frust tak dapat duduk kat mesilau so mommu book la satu bilik di kinabalu park.

bilik yang kita duduk mmg superb la. old design tapi cantik, lantai jenis kayu, furniture pun kayu. the best part is dia macam duplex, living area kat bawah, bilik di atas. ada satu je king bed kita share ber5 hahahah.. luar beranda pulak mengadap hutan, masa tu sangat sejuk sebab hujan tak berhenti. nasib baik dalam bilik ada heater so kurang la rasa sejuk sangat. hahaha macam kat oversea time belajar dulu.

petang tu kita pegi minum coffee kat restorant dia.. area living area yang sangat cozy tambah plak ad ahiasan xmas treee haha sangat feeeling mcm kat oversea. kita makan popia jugak. lepas tu kita siap2 mandi dan balik semula ke restaurant utk dinner. masa tu sebenarnya papa dah penat sangat tapi kluar jugak la pegi dinner. nak kata lapar, lapar jugak la sebab sejuk kot, banyak bakar energy. malam tu papa makan chicken chop, not bad la..  mommy makan kueteow.. yusuf makan wedges papa cecah sos fatma pulak tak makan apa2 kot. oh ye baru papa ingat time tu korang tak lapar sangat sebab kat bilik dah makan megi n roti kalau tak silap.

so malam tulepas balik dinner terus tidur. tapi papa tidur tak lena sangat sebab sempit tidur sebelah fatma. so papa turun bawah tidur dekat sofa hahah

pagi selepas subuh papa pegi lari, masa tu hujan stop. papa cuba lari sampai ke timpohon gate tapi tetiba2 rasa tak confident sebab macam kena naik tinggi n nafas laju jugak la so tak sampai halfway papa patah balik.

lepas tu kita pergi breakfast. tempat breakfast ni jauh sikit dari bilik kite so kena bawak kereta. restauran tu pun mmg dihias cantik la.. makanan pun not bad.. variety jugak... fatma macam biasa prefer cereal, yusuf pulak makan nasi goreng...

lepas breakfast, kita kemas2 barang untuk siap checkout jam 12.

selepas check out, kita pergi masuk botanikal garden dekat dalam kinabalu park tu jugak. masuk park kena bayar. masuk garden tu kena bayar sekali lagi. pelik tp takpe la. dalam garden tu macam2 la korang tengok.. flowers, pokok2 hutan... ada sungai kecil... papa suka la tengok korang enjoy jalan2 dalam garden tu.

lepas tu kita gerak turun ke KK.. jalan smooth.. tak jam...

sampai KK nak dekat pukul 3... papa nak pegi makan kat imago..

lepas tu... ok la nak sambung cerita kemudian... bermulalah kisah yang sedih...






Thursday, December 14, 2017

beberapa hari lepas aku bawak yusuf pegi solat isyak di masjid. macam biasa sebelum solat aku pesan betul2 dekat yusuf - jangan lari2 dekat depan lagi2 depan orang solat, main kat belakang senyap2.

aku tengok sebelum ni dia ada improvement la mmg tak kacau orang depan, tapi masa aku tengah solat aku boleh dengar yusuf lari2 dekat saff belakang, mungkin tengah main dengan sorang lagi budak nakal ni.

Masalah yusuf ni bila dia lari mulut pun bebunyi skali so agak annoying la.Tetiba masa dia lari aku boleh terdengar macam dia jatuh, kemudian terus bunyi menangis. Punya la tak tenteram hati aku ni nak solat. Risau bunyi bising dia tu ganggu orang lain solat.  masa tu baru rakaat ke dua.

lepas je habis solat aku marah la kat yusuf knapa tak dengar cakap papa, kan papa dah pesan tapi yusug senyap je. biasa la budak..

malam berikutnya aku bawak yusuf lagi sekali. macam biasa, bagi nasihat jugak, jangan lari depan orang solat, jangan main kejar2 dengan abang yang nakal tu, duduk belakang elok elok.

dari awal sampai abis mmg ak utak dengar suara dia, dalam hati kata ya allah bagus pulak budak ni ntah apa yang dia buat tu. bising tak bagus, senyap terus pun tak bagus.

lepas salam aku ke belakang sikit, tak nampak yusuf dalam masjid maybe dia main kat luar la tu. au sambung solat sunat.

selepat solat sunat aku terus keluar. dari dalam aku nampak dia diri diluar pintu, bukak je pintu tengok dia tengah bediri atas puddle.. ahhh kencing la pulak

"papa ni kenapa lambat yusuf tak tahan dah wawak dah dlm pants".... ahhhhh wawawk la pulakkk eeeee

"ni jatuh dah wawak niii nnt kluar nnt".... sib baik seluar ada cerut kat bawah.. tak tekeluar la ketulan tuu

masa tu orang dah mula keluar dari masjid.. aku cepat2 bawak yusuf pegi masuk toilet.. terpaksa la dukung.. aku nampak orang semua pandang pelik puddle tu... nnt lepas wash yusuf nak kena bersihkan..

dalam toilet yusuf bebel " papa jgan la solat lama-lama tgk yusuf dah tak tahan dah wawak"..bla bla bla

masa tu aku tenang je takde la rasa nak marah-marah sebab kesian pun ada..

selepas wash seluar yusuf aku dukung dia keluar dengan tak pkai seluar tu terus hantar ke kereta. lepas tu aku ambik mop yg diampai ditepi nak bersih kan, bila aku sampai kat tempat yusuf kencing tadi tengok2 dah kering ada la tu orang yang tolong bersihkan. masyaallah terima kasih byk2 kat hamba allah tu, aku berasa sangat besalah..

dalam kereta aku cakap kat yusg "kita balik terus je la yusuf tak payah beli aiskrim malam ni, nak kena wash yusuf dulu dirty nii"... yusuf reply " alaa papa pegi la beli sorang yusuf tak payah keluar yusuf duduk dalam car jer"... pandai la pulak budak ni bagi taktik... ye laa.. dah janji lama dah nak beli aiskrim..

sampai je rumah aku tak marah2 pun cuma rasa stress skit la.. masukkan yusuf dalam toilet mandi kan cepat2 lepas tu pakai cream n baju..

malam berikutnya yusuf cakap tanak ikut papa pegi masjid nak duduk rumah.. uhuhuhu takut jadi drama lag rupanya..

nak dijadikan cerita..

pagi tadi aku lari.. dah 3 hari tak belari badan rasa tak sedap so kena la pegi lari sebab weekend ni nak masuk event.. mesilauthon 25km

so aku selepas 3 km lari aku lari patah balik.. on the way tu tetiba rasa sangat sakit perut nak berak.. bedenyut2 punya sakit kat bawah tu rasa dah tak tahan sangat.. nasib baik on d way tu ada surau.. punya la tak bole tahan rasa mcm nak terkeluar dah sib baik sempat sampai toilet belakang surau..

aku pk ni maybe allah nak suruh aku rasa ape la agaknye bile dah sakit sangat perut... kita yang dewasa ni pun tah boleh teberak kat mana2.. ape kan lagi budak2 kecik macam yusuf ni..

ok la tu saje.. sekian..