Thursday, December 24, 2009

hari jumaat, petang masa tgh lyn sedare mare yg dah mula dtg, mak dpt call dari Pakcu Redha yg dorang sekeluarge tak dpt datang pj. katanya Makcu Pah (adik bongsu mak) masuk hospital sbb dia muntah2, sakit kepala lepas tu koma. mak nampak risau..katenye harap2 takde ape2 sgt..

masa tgh tunggu pengantin laki sampai, Paklong Rahman dpt call dari pakcu, katanya makcu kritikal, baru lepas scan, akan kene operate kat kepala. adik bradik mak yg lain sume dah diberitahu, kecuali mak sendiri, takut2 mak bertambah stress.

makcu sebelum ni tak penah kata dia ada apa2 penyakit. ataupun dia tak penah pegi check up. pakcu kata 2-3 hari sbelum makcu koma dia ada pegi klinik, dan blood pressure dia tinggi. doktor ada bagi ubat, tak tau ubat apa.

pagi sebelum reception kaklong, mak kata "dik esok adik ikut mak ye balik jb, tgk makcu pah, kesian kat dia". mungkin mak dah tau ape sebenar yg terjadi. mak nampak tenang. mlm tu ayah cakap dia tak dpt ikut balik jb, sbb ada hal kat port dikson. anum pulak oncall hari ahad tu. kak long pulak... orang baru kawin toksah kacau.

ahad pagi pukul 9 lebih, aku ngan mak terus btolak ke jb. mak kata mungkin tido sane semalam, so aku bawak satu tshirt n towel saje. on d way, singgah RnR pagoh, layan mee sup semangkok."mak ok?", aku tanye. "kesian kat razak (anak makcu). skolah baru form 4, dah la anak sorang, kalo papehal nnt sape la nak tgk2kan dia. doa je la makcu ok", kate mak.

sepanjang perjalanan, takda perbualan sgt...silent

dlm pkul 12 setgh, kami sampai di hosp sultanah aminah. kat ruang menunggu tingkat 2, sedare mara dah ada. kat pintu masuk icu, ada pakcu n razak. selepas besalam, mak terus menangis, "razak doakan mak ye..mintak2 la mak razak ok". pakcu kat satu sudut tgh duduk, sambil bercerita ape yg dah terjadi. katenye hari jumaat aritu doktor terpakse operate kepala sbb katanya ada pendarahan dlm kepala. lepas tu hari sabtu operate lagi nak kluarkan darah2 beku.

aku tanye makteh, "makcu penah jatuh ke, eksiden ke ape2 ke sblom ni?". makteh kate tak penah, sakit ape2 pun dia tak penah ckp. baru je aritu jumpe masa raya haji. sehat aje.

pakcu bawak aku dan mak masuk dlm icu.

sekali tgk mmg aku tak kenal muka makcu, sbb muka dia swollen. intubated. ada sorang sedara kata kaki dan tangan makcu sejuk. aku nmpk ada satu chart besar depan katil, secara spontan aku tunduk nak tgk lebih dekat n bace in detail. tp belom sempat buat apa2, ade nurse jerit " haaaaa pelawat takboleh bace ye. ni yang saya malas tinggalkan mende2 ni kat sini ni." nurse tu amik chart pastu bawak pegi tempat lain. tp yg sempat aku nmpk: high convexity...subacute on chronic sdh... bp 90...noradrenaline... craniotomy...lepas tu makcik security plak in action "pelawat tak boleh duduk sini lama2 yer...". aku dan mak pun keluar. makteh kata doktor beritahu dia makcu kritikal.

masa tu masing2 macam dah bersedia utk kemungkinan yg akan berlaku lepas ni. masing2 macam dah rela utk apa yg akan berlaku slepas tu. cuma maklong masih ada sedikit positif "mintak2 la dia ok lepas ni..."

tepat pukul 1, waktu melawat tamat.

semua orang balik ke rumah maklong di kmpg melayu majidee. aku teringin makan kfc, so dorang beli satu bucket ayam n zinger burger. so tgh hari tu makan ayam 2 ketul zinger, murtabak. kenyang

petang tu dlm pukul 5 kitorang pegi hospital semula. tapi aku dan affan tak masuk melwt. kiteorang jln2 dlm hospital. menarik juga hospital kat msia. keadaan dia mmg lain tp aku rase.. menarik. kalau aku keje sini mesti seronok...kot. lepas tu biler dah abissume balik ke rumah maklong smule. mlm tu aku tido awal. jetlag+tak cukup tido+penat driving+perut kenyang.

pagi ahad aku terjaga awal, leps solat aku ke dapur terbau org menumis. mak tgh buat mee hoon goreng. masa tgh sarapan, maklong pun cerita yg dia risau pasal razak, anak tunggal makcu. sume org concern pasal dia. aku pun rase sayu biler pk pasal razak. macam mane agaknye ye...

dalam pukul 9 lebih, mak dpt call dan terus teresak2..."makcu pah tgh nazak, dah cepat siap2 sume kite pegi spital". aku terkejut walaupun dah menjangka.

30 minit kemudian, dpt call lagi... "makcu dah meninggal...".

aku telefon ayah, anum n kaklong beritahu berita ni. ayah n anum akan balik sama petang tu. kaklong balik dgn taufik. kaklong mmg cuti tak ape la. anum post call. ayah pulak sepatutnye pegi ke port dickson so cancel la.


on d way ke hspital hantar mak, "dah mmg ajal ek dik, sape sangka yg bongsu pegi dulu. sedih mak tgk razak tu." aku lepas antar mak terus pegi ke giant terdekat. carik sluar panjang. balik jb ni mmg aku tak bawak bj. dpt la sluar rm25. lepas tu aku lepak makan roti canai 2 keping jap. lapar kang nk bekeje2 takde tenaga plak.

dlm pukul 12 kat rumah pakcu, semua dah sedia. kerusi2 sume dah bawak kluar satu tilam dan bantal dah diletak atas lantai, orang pun mula dtg. dlm pukul 1 lebih van jenazah hospital tiba. makcu dah siap dimandi dan dikapan kat hospital. bagus camtu. leceh jugak kalau nak uruskan sendiri kat rumah. pakteh plak dah uruskan pasal tapak kubur. orang makin ramai, surah yasin dibacakan. ada yang mengalirkan air mata. kain yg cover muka dibuka. putih muka makcu. nampak tenang.

dlm pukul 2 stgh, van jenazah kampung melayu datang. jenazah disolatkan dirumah kemudian dibawa masuk ke dlm van. jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bukit teh, berhampiran dgn kubur atuk ayim, atuk yam dan sedare2 lain. dari rumah aku tumpang kereta pakteh ke kubur.

bile sampai di tanah perkuburan, jenazah dah dibawa ke tepi kubur. betul2 dekat dngn kubur atuk.

buat pertama kalinye aku berpeluang turun dlm liang lahad. penggali kubur yg suruh sape2 waris untuk turun bawah sambut jenazah. aku boleh rase sempitnye dlm kubur. lagi2 tempat jenazah dibaringkan mengadap kiblat. lebarnye muat2 aje untuk baring mengiring ke kanan. alhamdulillah semua dipermudahkan. lancar tanpa ada masalah. lepas jenazah dilapik dgn kayu. aku naik ke atas. kami bergilir2 timbuskan kubur dgn cangkul. cramp tangan, maklum la lame tak angkat cangkul.

sluar baru beli 3 jam dah kotor dgn tanah. alahai...

talkin dibacakan. meremang bulu roma. langit mendung, angin sayup2. bunga ditaburkan denagn siraman air.

dah settle semua, aku ngn sedare2 lain singgah gerai makan tepi kubur layan mee rebus semangkuk. lapar sbb tgh hari tak makan lagi.

lepas maghrib, buat tahlil ramai2. sekali lagi, murtabak singapore dihidangkan.

pagi selase, layan baki2 murtabak singapore lagi. dlm pukul 8 lebih siap2 pastu cabut balik kl. skali lagi, sayu dgn tangisan.


aku kagum dengan razak, dia nampak tenang stiap mase, usia dia nampak seperti sudah dewasa. ada la skali 2 dia kluar air mata, tp kebykkan nye dia tak tunjukkan yg dia sedih. aku tau dia sedih di dalam. siape tak sedih bile stiap kali bgn pagi cari mak, balik rumah cari mak, bila lapa cari mak, tp kini sudah tiada.

alfatihah untuk Allahyarhamha Arfah bt Abd Rahim, semoga rohnya dicucuri rahmah. semoga allah beri kekuatan utk keluarganya menghadapi ujian ini.

~~~~

3 comments:

snowflakes said...

innalillahi wainnailaihirajiun..

Dr Syuhada said...

innalillahi wainnailaihirajiun..astagfirullah..faizul sorry sesangat aku tak tau mak cu ko meninggal..patut aku msg2 ko tak balas..soooo sorry tau

*Azreen* said...

fai, kalau cam your late aunty's case, what is the illness/diagnose? risau juga, muntah2 n coma..